Mercu tanda Liverpool

Kawasan Pier Head area dilihat dari Albert DockBangunan Royal Liver dan Dewan Bandaraya

Liverpool mempunayi kira-kira 2.500 buah bangunan yangdisenaraikan sebagai bangunan bersejarah, dengan 26 buah bangunan digredkan sebagai Bangunan Bersejarah Gred I dan 85 buah bangunan lagi dikelaskan sebagai Bangunan Bersejarah Gred II.

Kawasan Dermaga

Dalam tahun 2004, kawasan dermaga di Liverpool diisytiharkan oleh UNESCO sebagai kawasan Warisan Sedunia, sebagai pengiktirafan kepentingan yang dimainkan oleh Pelabuhan Liverpool kepada pembangunan perdagangan dan teknologi pelabuhan. Kawasan pelabuhan paling terkenal adalah Albert Dock, struktur pertama di Britain dibina dengan besi waja dan batu bata. Bangunan asal adalah rekaan Jesse Hartley. Bangunan ini dipelihara dalam tahun-tahun 1980-an. Sebahagian daripada dermaga ini kini digunakan untuk Muzium Laut Merseyside (Merseyside Maritime Museum), Muzium Kehidupan Liverpool (Museum of Liverpool Life) dan galeri seni lukis Tate Liverpool. Kawasan lain termasuk gudang tembakau di Stanley Dock, yang dibina dalam tahun 1901 dan merupakan bangunan terbesar di dunia semasa ia dibina.

Imej kawasan Pier Head berserta imej bangunan-bangunan dikenali sebagai Three Graces mungkin imej paling terkenal dikaitkan dengan Liverpool. Bangunan pertama adalah Bangunan Royal Liver, dibina pada awal tahun 1900-an, dan mempunyai 2 kubah gangsa dengan Liver Bird (simbol Bandaraya Liverpool) di atas setiap kubah. Bangunan Kedua adalah bangunan bekas ibupejabat Syarikat Perkapalan Cunard sementara bangunan ketiga adalah adalah bangunan yang dahulunya menjadi pejabat Lembaga Pelabuhan Mersey (Mersey Docks and Harbour Board).

Tempat-Tempat Keagamaan

Keadaan penduduk majmuk dari seluruh pelusuk dunia membawa kepada kepelbagaian anutan agama di Liverpool. Gereja kariah Liverpool adalah Gereja Anglican Our Lady and St Nicholas dan dikenali sebagai gereja pelaut, dan terletak di kawasan dermaga. Gereja ini mengadakan upacara sembahyang untuk pengikut Katolik. Gereja Greek Orthodox Church of St Nicholas dibina mengikut gaya Byzantine sementara gereja Gustav Adolfus Kyrka (Swedish Seamen's Church) dibina mengikut gaya orang-orang Nordic.

Kemewahan Liverpool membolehkan pembinaan 2 katedral besar. Katedral Anglican rekaan Sir Giles Gilbert Scott mempunayi ruang ibu (nave) yang terpanjang, mempunyai ogan paling besar dan gema loceng paling panjang di dunia. Katedral Roman Catholic Metropolitan rekaan Sir Frederick Gibberd berdasarkan rekaan asal Sir Edwin Lutyens mempunyai kaca berwarna terbesar di dunia. Liverpool juga mempunyai beberapa saumaah (synagogue), dan saumaah di Princes Road adalah yang paling terkenal.

Masjid pertama dibina di Britain adalah di Liverpool. Ia dibuka oleh William Abdullah Quilliam, seorang peguam Inggeris yang memeluk agama Islam. Bangunan asal masjid ini adalah di alamat 8 Brougham Terrace, dan kebanyakan penggunanya adalah Laskar daripada India. Bangunan ini sekarang digunakan sebagai Pejabat Daftar Kelahiran dan Kematian. Masjid yang dibuka oleh Quillam kini digantikan dengan Masjid Al-Rahmah. Masjid Al-Rahmah (Arab: مسجد الرحمة‎) kini di Jalan Hatherley, dan boleh memuatkan 1,000 orang jemaah.